Tuesday, 8 May 2012

IKHLAS PRIMIER INVESTMENT-LINK TAKAFUL



Takaful merupakan salah satu konsep insuran yang berdasarkan muamalat dalam Islam, yang berlandaskan hukum syariah. Konsep ini sebenarnya telah pun diamalkan sejak lebih 1,400 tahun.

Pada asasnya, sistem Takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan para pesertanya.Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukannya.

Pengertian Takaful

Takaful adalah satu perkataan yang berasal dari perkataan Arab 'Al-Kafala (jamin) iaitu bermaksud 'Saling jamin menjamin' Dari segi tafsiran Syara' ia adalah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan bantu membantu antara satu sama lain ketika para peserta kumpulan tersebut ditimpa sesuatu musibah.

Ciri-ciri Takaful

Sistem Islam
Sumbangan At-Tabarru'at
Pelaburan halal
Majlis Pengawasan Syariah
Tiada unsur riba
Tiada unsur maisir (Judi)
Tiada unsur gharar (Tidak jelas)
Al-mudharabah (Perkonsian untung)

Sistem Islam
Berbalik kepada konsep takaful iaitu 'Golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik" merupakan satu konsep yang diiktiraf oleh Islam.

Al-Quran dalam surah Al-Maidah ayat 2 bermaksud "Dan hendaklah kamu tolong menolong diatas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong diatas perkara dosa dan permusuhan" merupakan bukti utama betapa sikap bantu membantu merupakan salah satu akhlak mahmudah (terpuji).

Sumbangan At-Tabarru'at

Tabarru'at merupakan perkataan Arab yang bermaksud menderma secara iklas.
Dalam konteks operasi Takaful setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat yang iklas ketika menyumbang (At-tabarru'at) bagi membantu sesama para peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata lain yang lebih tepat, semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka ketika ditimpa kemalangan

Dalam industri Takaful, At-tabarru'at yang diperkenalkan ialah Al-tabarru'at yang bersyarat.

Bersyarat adalah dimana setiap peserta yang ingin menyertai Takaful mestilah menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Syarikat terpaksa menetapkan kadar Tabarru'at kerana ingin memastikan Tabarru'at yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepada semua pihak, justeru itu jika seseorang peserta membawa risiko yang besar maka kadar tabarru'at yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut

Pelaburan Halal

Wang peserta akan dilaburkan hanya dilaburkan di kaunter-kaunter pelaburan yang halal dan diluluskan oleh Majlis Pengawasan Syariah

Bentuk pelaburan ;

Bon Kerajaan (Al-Qardul Hassan).
Akaun simpanan di bank (Al-Mudharabah).
Projek pelaburan (Al-Bai Bithaman Ajil).
Harta bangunan.
Pembiayaan perumahan.
Sekuriti saham (Senarai kaunter yang diluluskan oleh Syariah).

Ada Majlis Pengawasan Syariah

Akta Takaful 1984, seksyen 8 (5)(b):-
"Bahawa terdapatnya dalam artikel persatuan pengendali Takaful yang berkenaan peruntukan bagi penubuhan Majlis Pengawasan Syariah untuk menasihati pengendalian tentang perniagaan Takafulnya untuk memastikan yang ia tidak terlibat dalam apa-apa unsur yang tidak diluluskan".

Tiada Unsur Riba

Elemen RIBA wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang akan digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi. Ini kerana dana-dana tabungan kebanyakanya dilaburkan didalam instrumen kewangan seperti bon dan juga saham yang kerap melibatkan syarikat-syarikat yang beurusniaga dengan kegiatan sistem perbankan konvensional.

Unsur RIBA juga terdapat dalam urusniaga PINJAMAN DARI POLISI (Policy Loan) yang ditawarkan kepada peserta dalam produk insuran hayat dalam sistem kemudahan pinjaman ini, syarikat insuran akan mengenakan bayaran faedah (Interest) kepada peserta yang membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa faedah tersebut merupakan RIBA yang dilarang Islam.

Tiada Unsur Maisir (Judi)

Para ulama' menyatakan Maisir dan Gharar merupakan kaitan yang amat rapat. Ini bererti jika sesuatu transaksi itu mengandungi unsur gharar maka dengan sendirinya unsur judi turut ada. Kaitan antaranya adalah terlalu rapat dan saling berkait.

Maisir (Judi) dalam kontrak insurans wujud bila mana:

Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya.
Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungani (the insured event) tidak berlaku.
Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima.

Tiada Unsur Gharar (Tidak Jelas)

Maksud Gharar ialah "Ketidakpastian". Ketidakpastian dalam transaksi muamalah ialah :

"Terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan ianya boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain".

Di dalam kontrak insurans terdapat unsur ketidakpastian iaitu:

Tidak dapat dipastikan samada dapat atau tidak bayaran yang dijanjikan
Tidak diketahui kadar bayarannya
Tidak diketahui bila masanya
Al-Mudaharabah (Perkongsian Untung)

Mudharabah bererti perkongsian untung diantara peserta dan syarikat.
Nisbah ditentukan tetapi nilai tidak dapat ditentukan
Nisbah pembahagian untung bergantung kepada aqad yang telah dibuat
Contoh = Nisbah 80:20 atau 50:50 atas keuntungan diantara peserta dan syarikat

Dapatkan Fleksibiliti Untuk Menguruskan Keperluan Anda Yang Sentiasa BerubahKeperluan hidup kita sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Justeru, apabila keperluan hidup berubah, keutamaan kita juga turut berubah. Masalahnya, kita juga perlu mengubah perancangan kewangan kita untuk diselaraskan dengan keutamaan hidup kita yang berubah.

Pelan IKHLAS Primeir atau IKHLAS Capital adalah pelan Takaful keluarga berkaitan dengan perlindungan dan pelaburan atau investment-link yang berlandaskan prinsip-prinsip Syariah. Ia dirangka dengan matlamat untuk menangani keadaan-keadaan tidak menentu dalam hidup anda dengan memberi fleksibiliti kepada anda untuk mengawal hidup anda sepenuhnya. Dengan mematuhi nilai-nilai pegangan anda, ia juga membolehkan anda mengawal gaya hidup anda.

Bagaimana Pelan IKHLAS Primeir atau IKHLAS Capital Investment-Link bertindak untuk saya?

Untuk Perlindungan Anda :-
Kami akan membantu anda merancang tahap perlindungan yang sesuai untuk anda dengan menjelaskan semua elemen Pelan IKHLAS Primeir atau IKHLAS Capita Investment-Link l kepada anda.

Manfaat Asas Kematian :Jumlah yang dilindungi dan nilai baki dalam  Akaun Pelaburan Peribadi(PIA)* dan Akaun Pelaburan Risiko Peribadi(PRIA)** akan dibayar sekiranya anda meninggal dunia.

*PRIA adalah akaun unit-unit yang diperuntukkan, bergantung kapada jumlah sumbangan berkaitan yang dibayar.

**PIA adalah akaun sumbangan manfaat tambahan yang dibayar.

Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK) : Jumlah yang dilindungi akan dibayar sekiranya anda mengalami HUPK sebelum mencapai usia 60 tahun, manakala unit-unit dalam PIA dan nilai PRIA akan kekal dalam akaun anda.

Manfaat Pilihan, TambahanAccidental Death and Disablement, Accidental

Medical Reimbursement : Memberi manfaat perlindungan utama anda.


Medical Cover :Sekiranya anda dimasukkan ke hospital disebabkan kesakitan atau kecederaan, anda akan menerima bayaran tunai tetap untuk Bantuan Kemasukan Hospital, Bantuan Penjagaan Rapi dan Batuan Prosedur Pembedahan.

Major Medical Cover :Memberikan perlindungan perubatan bagi Manfaat Hospital dan Pembedahan dan Rawatan pesakit luar sekiranya anda dimasukkan ke hospital atau memerlukan rawatan Pesakit Luar disebabkan kesakitan atau kecederaan. Ini juga termasuk Bantuan Perubatan Kecemasan.

Hospital Benefit :Memberikan bantuan tunai harian sekiranya anda dimasukkan ke hospital.

Disability Provider, Crisis Cover Income :Manfaat ini dibayar setiap tahun sekiranya anda mengalami HUPK atau penyakit kritikal sebelum mencapai usia 60 tahun.

Crisis Sheild :Memberi perlindungan daripada penyakit kritikal, yang sedia untuk digunakan di saat-saat anda paling memerlukan.

Weekly Indemnity :Memberi Bantuan Tunai mingguan jika peserta kehilangan upaya disebabkan kemalangan.

Contributor :Membayar manfaat tahunan sekiranya anda diserang penyakit kritikal. Bayaran dihentikan apabila anda meninggal dunia.

Spouse atauParent Contributor : Sekiranya pasangan atau ibu bapa anda meninggal dunia, atau mengalami HUPK sebelum mencapai usia 60 tahun atau disahkan menghidap penyakit kritikal, manfaat ini akan membantu anda membayar sumbangan kepada pelan Takaful pada masa hadapan.

Bayaran manfaat tahunan akan dihentikan apabila anda meninggal dunia atau mencapai usia 60 tahun.

Untuk Keperluan Simpanan Anda

Kami juga akan membantu anda merancang simpanan anda dengan menawarkan pelbagai dana untuk pelaburan anda. Sebahagian daripada sumbangan anda mengikut perkadaran yang ditetapkan akan digunakan untuk membeli unit-unit daripada dana IKHLAS Primeir atau IKHLAS Capital Investment-Link pilihan anda. Sumbangan diperuntukkan menurut tahun sijil dan peratusan yang sepadan dengannya.

Dana IKHLAS Primeir atau IKHLAS Capital Investment-Link

Pilih dana IKHLAS Primeir atau IKHLAS Capital Investment-Link yang diluluskan di bawah undang-undang Syariah dan sesuai dengan keperluan pelaburan dan toleransi risiko anda.

IKHLAS Primeir atau IKHLAS Capital Investment Link

Bertujuan untuk memaksimumkan pulangan dalam jangka masa pertengahan hingga panjang, dengan melabur dalam saham bermutu tinggi yang diluluskan dibawah undang-undang Syariah dan disenaraikan di Bursa Malaysia.

IKHLAS Primeir atau IKHLAS Capital Dana Bon

Untuk peserta dengan toleransi risiko yang tinggi dan berminat dalam pelaburan jangka masa pertengahan hingga panjang.
Bertujuan untuk memberikan pengumpulan modal jangka masa pertengahan hingga panjang, dengan melabur dalam sekuriti terpilih yang diluluskan dibawah undang- undang Syariah.
Untuk peserta dengan toleransi risiko yang rendah hingga tinggi dan berminat dalam pelaburan jangka masa pertengahan hingga panjang.

IKHLAS Primeir Investment-Link


Dana diuruskan yang bertujuan untuk memaksimumkan pulangan dalam jangka masa pertengahan hingga panjang. Ini dicapai dengan melabur dalam saham dan sekuriti yang diluluskan di bawah undang-undang Syariah menerusi Dana Equiti,Dana Seimbang atau Dana Pendapatan Tetap dan mana-mana dana  sedemikian yang boleh didapati pada masa hadapan.


Untuk peserta dengan toleransi risiko yang sederhana hingga tinggidan berminat dalam pelaburan jangka masa pertengahan hingga panjang.

Perkongsian Lebihan

Setiap peserta layak berkongsi lebihan pengunderaitan dan keuntungan pelaburan, jika ada. Lebihan pengunderaitan, jika ada, akan diagihkan kepada peserta dengan mengkreditkannya semula ke dalam PIA mereka dan membeli unit-unit tambahan dalam PRIA, manakala keuntungan pelaburan akan dikongsi antara peserta dan syarikat pada nisbah yang dipersetujui terlebih dahulu.

Pelan yang memberi anda lebih banyak fleksibiliti***

Membezakan jumlah perlindungan Takaful untuk kematian dan hilang upaya tanpa menjejaskan sumbangan anda.

Meningkatkan perlindungan Takaful anda dengan menambah manfaat penyakit kritikal, kemalangan, perubatan kehilangan upaya dan manfaat tambahan lain.

Mengumpul dana persaraan dengan memilih mana-mana dana Investment-link yang diluluskan di bawah undang-undang Syariah dan boleh manghasilkan pulangan lebih tinggi daripada akaun simpanan bank dalam jangka panjang.

Anda boleh menukar pelaburan anda antara Dana Equiti,Dana Seimbang atau Dana Pendapatan Tetap yang diluluskan di bawah undang-undang Syariah pada bila-bila masa. Jumlah minimum yang boleh dipindahkan ialah RM1,000.00.

Anda boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa untuk memenuhi keperluan anda yang berubah. Pengeluaran minimum ialah RM1,000.00. Penegeluaran boleh dibuat dengan syarat nilai baki unit sekurang-kurangnya RM3,000.00

***Tertakluk pada terma dan syarat.

Siapakah yang boleh menyertai Pelan IKHLAS Primeir atau IKHLAS Capital?

Sesiapa yang berusia antara 18 dan 60 tahun boleh menertai pelan ini. Anda juga boleh menyertai pelan ini untuk anak anda yang berusia bawah 18 tahun.

Bagaimana anda boleh memulakannya?

Pertama sekali, anda perlu menentukan keperluan perlindungan anda, seperti perlindungan asas dan manfaat-manfaat pilihan dan tambahan yang lain. Kemudian tentukan jumlah yang mampu anda ketepikan setiap bulan.

Dengan Pelan IKHLAS Primeir , anda boleh mula melindungi kesihatan dan masa depan kewangan anda dengan serendah RM3.33 sehari.

@@@@SAMSURIAH AHMAD@@@@@017-8844007

"MENITI TANGGA PELABURAN UNTUKMASA HADAPAN